Thursday, March 2, 2017

1 Fon, 2 Simcard, 2 Whatsapp.... best kan? Eddie sudah, korang bila lagi..!hehehe...

Hello People.... And Assalamualaikum.

Mmg skrg ni whatsapp adalah salah  satu jalan terbaik dlm komunikasi siber kan.. al maklum la, light weight system, fast, mudah nak send gambor ke vid dan free! Dah la pulok ada video call beside calls saje...free lak tuh. So, mmg penting ada whatsapp ni.

Dilemma nya is those yg ada satu fon, 2 simcard...tapi whatapp hanya boleh pakai satu je. Tension weyhh! But now, ada solution suda.

Search2 semalam, da dapat info2... unfortunately apps yg famous sebelum ni GBWhatsapp atau OGWhatapp da xleyh nak pakai. Pastu installation payah sbb nak kene ada root bagai... confusing. Saspen pun ada gak sbb nak kene unistall whatsapp yg ori.

Last2 dapat info yg latest pasal satu apps nama DISA. Sonang je...xyah pening2.. xyah nak uninstall acct yg ori bagai and in less than 10 mins (Depending on ur data speed), setel masalah negaraku...

Now i hv 2 whatsapp in one single fon.

Caranya simple je...

a) Mula2 Download DISA kat playstore (search je pasti jumpa) b) Pastu install lam phone dan follow apa yg Disa command. c) Then masuk Setting DISA, tambah service... (Add service > pilih WhatsApp)
d) Pastu akan keluar nama dan fon number.... isikan nama korang dan 2nd no korang tu. (At d same time, DISA akan scan ur type of fon..selalunya x silap...so okay kan je nombor2 dia tu...jgn ubah atau usik) e) Pastu DISA akan antar Kod pengesahan. f) Hanya perlu sahkan dgn send kod tu balik g) There u go.... dah ada dua wasap da now.... Add la siapa yg patut dlm account no 2 tu k...

As far as i know, mmg xde masalah..cepat padat dan tepat. Bestnya apps ni is korang boleh add SMS, messenger,Whatsapp utk dicantumkan dlm satu account (ni x try lagik). hehehe. My fon Android, so takde masalah dgn apps ni... Iphone user, i'm sorry i tak boleh nak jamin apa2 sbb x jumpa lg comments pasal org pakai Iphone using this apps.

So peeps... go and hv a try k. Pandai2 la customised setting tu bila da ok yea...hehehe

Selamat berWASAP!! hehehe...

Eddie

Saturday, February 25, 2017

Surat 09 : Bila yang Lama Timbul Kembali...

Soalan:

Haloo Abam,

Pekabor? Su seronok baca blog abam. Su rasa abam bole tolong Su dalam masalah Su. Skarang ni Su ada boyfren, baru la kenal dlm 2 bulan. Dia ok ok je... takde la superb sgt. Yg paling bgs pasal dia, dia mmg penyayang dan ambil berat sgt pd Su. Rupa pun biasa2 je dan keje pun eksekutif level je. But so far, mmg takde masalah dgn dia. 
Tapi lately, ex-boyfren Su dulu dtg balik. Dia ni mmg ensem giler, poket lebat, keta mewah, family kaya dan happening. Mmg best la kapel dgn dia dulu. Masalah dia tu cume suka flirt around walau Su tau dia main2 je. Dulu pun clash sbb salah Su... Su jeles sgt. Mula2 sbb kantoi awek lepak condo dia... pastu bile nmpk awek mana ntah manja2 dan raba2 dia kat club, Su da mintak break. Padahal awek tu yg menggatal kot. Su tau dia syg Su, cuma dia x berapa pandai nak luahkan kot. Now dia hari2 text dan call Su. Dia rindu Su... kebetulan Su rasa Su pun rindu dia. Dia nak kiteorg kapel balik. Su ada jumpa dia 2 kali kat apartment dia, tapi boyfren Su tak tau la. Su rasa mmg dia lah jodoh Su. Kiteorg sama-sama hott! :)
Su punya masalah cuma Su kesian kat boyfren Su yg skrg ni. Nak cakap apa kat dia ek? Taknak la nanti cam zalim lak kat dia bila mintak break. Abg bgtau direct je apa yg Su perlu buat k.

Abam jgn pikir bukan2 k. Su bukan materialistik... hanya kebetulan dia berduit je. 

Call me 'Su Happening' ok abam

Bye

Jawapan:

Wahai Cik Su yg Pening... opps! silap.... Su Happening.. hehehe.

Firstly, terima kasih daun keladi palsu sbb suka baca blog abg. Appreciate it much. Sebabkan tu, abg akan tunaikan permintaan u utk be direct dlm bg pendapat k. Here it goes...

Sebenarnya, ada TIGA masalah... yg pertama - Su.. yang kedua - Su jugak dan yg ketiga - kompem memang Su! hahaha. Kenapa abg ckp camni? Sbb mmg Su la masalah sebenarnya. Da elok2 dapat BF yg sayang Su, yg menghargai Su... nak buang dia lak. Utk apa? Utk sidia yg dulu buat hal dgn u. Frankly, ensem ke...berduit ke.. kalau jiwa setia dan penyayang tu takde.. sampai ke neraka (bukan jannah) sok pun xkan bahagia u. Sedor la Su... Ur ex-BF tu typical playboy dari ur description abt him pun da tau character dia. And yes, i'm judging him! hahaha. Lagi satu... u maybe bukan materialistik, tapi u kompem plastik dan spastik. Haishh....
Memang u patut break je dgn BF yg baru ni... tinggalkan dia dan tak perlu kasihankan dia. Sbb apa yg u dah buat skrg pun dah mmg tanda2 u tak ada perasaan simpati pun kat dia. Su gi la sambung balik dgn ex-BF u tuh. Sbb pastinya, walaupun cam zalim pd ur BF skrg, tapi dia akan bersyukur suatu hari nanti. Abg doakan yg baik2 utk dia. As for u, dan bakal kapel u.... abg doakan yg baik2 jugak la. Jahat lak abg kalau doakan yg buruk2. Abg doakan agar terbuka hati u utk sedar kesilapan u dan juga doakan both of u agar insaf dan bertaubat la. Kalau selepas ini u menchik dgn abg sbb jawapan abg ni cam zalim kat u, abg redha. Mana la tau kan... suatu hari doa2 abg ni termakbul...Aminnn.

*Nak sgt direct kan... telan je la dear.


Adios!
Abam Eddie yg br pas bagi u setepek dua... hehehe




Thursday, February 23, 2017

Surat 08 : Curang - Seks Habuannya

Soalan:

Bro Eddie.

I ada satu masalah besar. I curang dgn hubby I. Bukan sekali, tapi dah 3 kali terlanjur. Seks adalah habuannya. Tapi I dah stop semua dan mmg sudah bertaubat dan sesali tindakan I sejak minggu lepas. My hubby tak tau pasal hal ni. Masalah sekarang, setiap kali I pandang muka my hubby, I rasa sangat bersalah. I want to tell him, tapi I takut apa akan jadi. Sekarang kemelut ni bersarang kat otak I dan memakan jiwa I. Frankly, my hubby dah sgt perfect sebagai seorang suami.  Nafkah batin dia x pernah miss, cuma I je yg sentiasa nak lebih, I je yg sebelum ni tak waras menduakan dia. So mcmana bro? What should I do? 

Wana

Jawapan :

Firstly dear, Alhamdullilah u dah sedar dan rentikan perbuatan hina tu. 

Kecurangan u ni ...perrghh!! Tahap kritikal actually, sbb dah terlanjur secara seksual. but since u dah bertaubat, kite tepikan soal itu. Sememangnya eddie yakin u takkan ulangi lagi sbb u pun tahu hukum-hakamnya. As for now, kemelut u itu... mmg agak sukar nak determine apa yg u perlu buat...seolah ditelan mati mak, diluah mati bapak (chewahh! berkias puloks!). Kalau jujur, silap2 makan diri... kalau x bagitau, mmg secara halus ianya tgh mengunyah diri u dari dlm skrg pun kan. Then, apa perlu u buat? Hmm.... Firstly, u kene tau sifat suami u... Adakah dia jenis pemaaf? Adakah dia jenis baran? Adakah dia jenis yg kuat jati diri? U juga kene tahu tahap kasih syg dan cinta both of u buat masa ini. Semuanya akan influence keputusan u nanti. Memang paling  mudah, eddie bole cakap.. "Solat Istikharah je la.. mintak petunjuk kat Tuhan"... tapi in reality, human mind thinking and accepting is always in different ways. So, selepas u da identify keupayaan hubby u utk menerima berita tu, baru u boleh decide. Kalau u yakin dia boleh menerimanya, find the right time, situation and place to tell him. Mood dia juga kene diambil kira. Kalau u tau yg dia takkan boleh terima beritu camtu, diamkan je lah. Mintak bantuan Allah untuk  lembutkan hati dia if u decide to tell him. 

Tapi kalau u tanya eddie secara personally... i say, DON'T TELL HIM. Yes, the past is past... tapi kalau boleh mengakibatkan isu2 yg lebih parah seperti penceraian, maka tak perlu bgtau dia. Tapi u hv to live with the pain sbb mmg u bersalah. Hanya u perlu minta bantuan dari Allah untuk bagi ketenangan jiwa u. Sambil itu, teruskan menjadi seorang isteri yg taat, soleh dan setia kepada suami u. Hormati lah dia sebagai seorang suami and he will do the same, insyaAllah.

My prayers for u dear,

Eddie


Wednesday, February 22, 2017

Api Cinta Tidak Semarak Dahulu? Jom baca...

Sejak kebelakangan ni banyak sgt kes Api Cinta yg semakin kecil atau ada yg da sampai terpadam... terutama bile tempoh perkahwinan suda sampai Tempoh Gugat (5 - 8 tahun). Lebih2 lagi bila anak2 dah berderet... mama2 da tak se'vogue' cam dulu.. dan papa2 semakin lak sibuk dgn keje. Semua bersebab kenapa ianya terjadi. Takpe, sebab2 tu kite pikir kan la kemudian... apa yg penting skrg ialah.. How To Keep The Fire Burning bebeh!!....

Check this out k...

1. Buat aktiviti lasak berdua.... gi la snorkeling ke...panjat gunung ke...atau apa2 saje yg extreme... yg mana ada situasinya masing2 ada perasaan bergantung to each other. At the same time, hubungan maybe akan lebih akrab.... Lebih2 lagi kalau gi backpacking ke dareah2 yg x pernah pergi...mesti syok kan? Paling idak pungg.. gi la Genting Highland naik rollercoaster berdua... hehehe.

2. Join minat pasangan korang. Kalau isteri minat main bowling, kadang2 luangkan masa gi main skali. Kalau suami lak minat memancing... join gak bila berkesempatan. Time2 camtu pasangan korang akan appreciate the effort dan boleh menjadi kenangan indah bersama.. (Tapi jgn kerap sgt sampai dorang nak gi ngn kawan pun xleyh lak....hehehe). Kalau idak pun, gi gym sbb gym tu salah satu tempat riadah pasangan yg baik... boleh je pergi bersama-sama.. 3 times a week ke... so that ada je masa bersama sentiasa. Beriadah sambil menyihatkan badan

3. Yes... Seks! Senantiasa menjadi topik yg best. Cuba keluar dr kebiasaan. Maybe suami book hotel satu malam... tibe2 surprise cik wifey utk ber'dining', bermalam dan bercengkerama di tempat yg asing. Lempiaskan segala2nya... bermesralah semaksimum mungkin. Ianya pasti menjadi salah satu aphrodisiac utk next time lak. Tak perlu hotel yg mahal2... lebih indah kalau yg diluar dr daerah korang tinggal. Sekerap yg mungkin, maybe... Asalkan anak2 jgn di abaikan dan kemampuan ada la k...

4. Buat la game... pertandingan ke..contoh "Ari ni U masak, esok I lak" ... pasti terhibur. Cuma syarat satu la.. jgn lak gi kutuk kow2 kalau masakan pasangan tu biase2 je. Show appreciation of the efforts da cukup molek da. Apa saje jenis aktiviti yg boleh dipertandingkan, cuba buat... find the most suitable ones yg korang rasa dua-dua boleh participate... hihihi

5. Ucapan CINTA... semarakkanlah api cinta dgn ucapan2 yg manis, hangat dan sexy. Buat la menda2 yg spontan... contohnya tiba2 kol hanya utk ucapkan I LOVE U ke.. . whatsapp kata2 manja... bisikan ke telinga pasangan dgn bisikan nakal dan mcm2 lagi. Be creative. Jangan Over Do It udah la...cam ngada2 sgt la pulak kang.... takut pasangan nyampah lak! hahaha. Especially to the guys, menda ni penting. Jgn korang pikir ni perkara kecil, sbb kaum hawa take this as a big thing. Yg bagusnya, pasti api itu bersemarak didalam hati mereka2... hehehe

6. Beriadah dalam bentuk keagamaan bersama... Solat bersama dirumah sudah indah, tapi kdg2, bawalah pasangan korang beribadat di luar rumah. Lebih2 lagi kalau ada sesi ceramah dr Ustaz2 atau Ustazah2 yg diminati oleh pasangan korang. Surprise them. Maybe time ceramah tu xleyh nak duk dekat2, but selepas tu dlm kereta hingga ke rumah, pasti ada saje topik dr ceramah tersebut boleh korang borak2, bertukar pendapat dan faham memahami. Menda ni menda baik dan digalakkan menjadi aktiviti yg kerap. 

7. Aktiviti bersama time dating...hidupkan kembali. Korang boleh gi tgk wayang, gi lepak2 teh tarik dgn kwn2, gi jalan2 window shopping bagai. Kenangan lama ms bercinta jika dihidupkan kembali, terasa beb mudenya usia cinta korang. So, cuba lah k... check balik dairy2 korang yg tercatat time2 berdating dulu k...hehehe

Semoga berjaya utk menyemarakkan api cinta korang k. Eddie cume boleh berdoa agar semuanya bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat...aminnn


Tuesday, February 21, 2017

Surat 07 : Kekasih ketagih Porno...

Soalan:

Bro Eddie,

I ada satu masalah. My BF suka tgk porno. Brape kali dah kantoi dlm hp dia ada vid porn. Dalam lappy dia pun ada. Dia kata hanya utk hiburan. Tapi I rasa itu addiction. Betul ke?

Gadis Risau

Jawapan:

Wahai Gadis Risau...

Bukan u yg ada problem tu. Ur BF yg bermasalah... Hehehe. Kalau dia mmg senantiasa duk nonton porno je, maybe dia ada condition addiction tu... Tapi kalau setakat tgk jarang2 tapi suka mengumpul..itu dipanggil collector! Hehehe. Apa2pun, dari segi Agama...mmg la salah dan tak elok... Dari segi moral pulak, itu aktiviti tak sihat. Jadi cuba lah nasihatkan dia utk tidak terlalu into porn. Ada bahayanya. Itu saja yg u boleh buat anyways sbb hak itu terletak atas dia sendiri. Gunakan skil yg halus dan penuh kasihsyg.... InsyaAllah dia boleh berubah. Good luck yea...

Bro Eddie

Surat 06 : Bila Nafsu Cik Wifey Tinggi....

Soalan : 

Bro,

A simple question. Wife aku 20, aku 38.... 18 tahun beza. Baru setahun kawen. Anak pertama dalam kandungan, usia 5 bulan. So far, takde masalah dari segi kebahagian rumahtangga dan nafkah zahir maupun batin. Cuma satu isu je... ianya berkaitan dgn SEKS. Isteri masih muda dan nafsu dia tinggi. Even sedang mengandung ni pun, masih tegar bernafsu. Kalau boleh dlm seminggu, hari-hari nak berjimak. Bukan tak mampu secara fizikal, tapi dengan kesibukkan kerja, dengan masalah2 dan isu2 luaran, kadang2 tak mampu untuk melayan. Kesian juga bila tak dapat tunaikan dan terpaksa mengecewakan dia. Apa pendapat bro? 

p/s. Btw, selamat ke kandungan da 5 bulan tapi masih bersenggama?

T.Kasih

Zamri

Jawapan:

Bro Zam,

Simple question, but difficult to answer. Hehehee .

Actually bro, agak terkesan dgn soklan awak... sebabnya, aku sendiri pun beza 22 tahun dgn cik wifey. Dan at this current moment, dia pun preggie gak... hehehe. So, to relate the matter is so damn easy for me. 
Alhamdullilah isu perhubungan dlm perkahwinan tiada masalah. Tapi jgn sesekali memikirkan yg masalah seksual ini masalah kecik bro. Bole jadi besar kalau tak diselesaikan segera. Berkenaan isu 'permintaan hari-hari'.... aku yakin kalau diselang-selangkan harinya, sidia masih okay. So, talk to her... slowly. Sbb tatkala dia tgh preggie ni, mmg emosi dia tak stabil, al maklum lah...byk perubahan didalam badan. kene lak 1st time kan. Cube bincang utk plan yang sebaiknya. Ada masa bro, tak perlu pun make love, especially masa weekend. Create activities. Maybe dengan cara bawak dia keluar, gi tgk wayang ke (ni kalau da beranak esok2, lepas setahun pun tak tentu boleh tgk wayang berdua...hehehe), bawak mkn ke tempat mkn yg sedap2 ke, bawa jalan2 ke shopping malls ke...sambil berpimpin tangan dgn mesra. Kalau isteri manja2, layankan aje. Kadang2, menda2 mcm ni lah yg dia inginkan. Tapi bab seks, jgn sesekali diabaikan... selagi 'mampu'...gasak je bro. She'll appreciate it so much. Pasal kandungan tu, don't worry, selagi perlakuan seks tidak ganas dan di luar tabii, insyaAllah ok (boleh rujuk dgn doktor). Yang penting, jangan menolak permintaan tu dgn keadaan terlalu tegas. Emosi cik wifey boleh tercalar nanti. Dan paling baik, kadang tu, awak lak yg rajin 'mintak'. Surely dia akan merasa sgt bahagia (sebab rasa masih diinginkan walau berubah fizikalnya) dan awak juga akan 'bahagia' sepenuhnya. Kalau perlu menolak disebabkan keletihan atau stress atau apa saje alasan bro, tolak dgn cara yg halus. Kalau boleh, TUNDA...bukan TOLAK! hehehe....

Harap dapat membantu. Good Luck dlm Merintis Titian Gelojakan Nafsu

Bro Eddie



Surat 05 : Akibatnya bila EGO menguasai diri.....

Soalan:

Salam bro!

Bro, gua rasa awek gua ade main curang la bro. ni gua saspek je la... Takde bukti lg... dan gua xnak pun cari bukti. Gua nak tau dr lu... Kalau da rasa camni.... Lu rasa gua teruskan je atau break? Gua takmo buang masa bro. Byk lagi kene pikir. Gua takmo lu jawap panjang2, gua takde masa nak baca... cuma gua nak tau, nak stay ke nak blah?

Chow!!

Otak Sempoi 
Sungai Besi


Jawapan :

Waalaikumsalam  Bro Sg. Besi.

Waaah....! Cam betol2 marah je nih. Since lu nak wa break it down for u simple...  wa cadangkan lu blah je! Setel... lu x pening, dia x pening, wa pun x pening...! Nak tau kenapa? Sbb wa rasa kalau lu stay...sian awek lu tu. Dr cara lu bahas... wa rasa lu ni seorang yg ego tinggi ya amat... sbb lu siasat pun idak, dan taknak langsung pikir nak bg peluang utk terbukti yg awek lu x bersalah. Lu da judge dia camtu, baik lu let go je. Sbb ujung2 bro... dia yg akan terseksa kalau stay dgn lu. Wa rasa da cukup pendek wa huraikan nih...  so, Selamat Jalan Romeo.

Peace No War 

Bro Eddie