Wednesday, February 15, 2017

Alam Kanak2 Ku....

Assalamualaikum... and Hi again..


Another Junior posting....



Eddie dah berumur... nak masuk setengah abad dah.... tapi camne ek? Rasa cam x tua2 lagi nihh... taubat nasuha pun idak lagi... masih duk 'Tau Buat' jek. Yet again.... eventho i'm not an angel, i'm not a Devil either.... tapi tu la...siapalah Eddie nak mengesahkannya kan...



So, let me tell you a story about myself... one of my experiences... dalam salah satu cabang kehidupan.... zaman kanak-kanak ku...




Comel bukan? hehehe.... Tapi time da besau semakin hilang kecomelanku. Cume terbit ensem lak bile da semakin berumur...hehehe



Ku dilahirkan pada 24 Mei 1969.... Yes! A long time ago... lahirku di Kuching, Sarawak. Arakian ceritanya begini... Daddy ku seorang Askar Melayu DiRaja ketika itu.... posting pula di Kuching , Sarawak... maka berkenalan dgn Mummy ku dan bermulalah episod cinta murni mereka. Akadnya di Kuala Lumpur... dan bermulalah kehidupan daddy & mummy sebagai suami isteri. 

Kemudian, posting pula di Kelantan... maka lahir lah akak sulung ku di Pasir Mas... 3 tahun selepas itu, ku dilahirkan di Kuching, Sarawak. Dan bermulalah kehidupan ku bersama daddy, mummy dan kak long ku. Adik ku pula....13 tahun kemudian baru muncul... (sibuk je sbb msh x puas jadi bongsu selama 13 tahun...hehehe). Aku membesar di Sarawak, Kelantan, Johor & Akhirnya, Kuala Lumpur.


So, balik ke zaman kanak2 ku.



Hidupku sangat ceria.... anak lelaki dan anak bongsu pula pd masa itu... ohh! Indahnya... segalanya aku yg punya. Apa saja diminta, daddy & mummy akan cube tunaikan. Kalau ku buli kak long ku pun, dia tetap bersalah dan aku lepas dr hukuman... (indah bukan?). Until one day..... tibe2 dunia ni rasa mcm nak terbalik. Bila tibe-tibe mummy dan daddy tidak mengendahkan ku.... mula mengambil sifat yg lebih positif keatas kaklong ku. Arrghh!! Konspirasi dr peringkat tertinggi apakah ini??  Kenapa tibe2 benda ini terjadi...? Kenapa kak long ku? Tak dapat diterima oleh akal..... Ggrrggrr!! Berlakunya peristiwa itu selama 2 hari berturut2... aku mula gusar + geram + resah + kecewa dan marah yg amat sangat... tapi x bisa melawan daddy ku sbb dia garang sgt. Setelah pelbagai usaha utk menjatuhkan kak long ku gagal.... aku akhirnya akur. Akur yg aku tewas the battle, but not the war!! Yes...! aku sudah ada plan...


So, satu petang, aku menulis surat...dalam bahasa yg agak tunggang langgang pada umur 7 tahun, coretan ku berbunyi "Selamat Tinggal semua, adik lari sebab semua org tak sayangkan adik lagi" ...... dan meninggalkan nota tersebut di atas meja tulis agar dijumpai oleh kak long. Lepas tu ku panjat balkoni dan menyorok di tepi pagar balkoni bersebelahan bumbung. Memang tak nampak kehadiran ku disitu selagi tidak diteliti. Maka ku rasakan sudah selamat dan terdetik didalam hati.. "Padan muka... mesti mereka akan panik dan mencari-cari ku dimerata" 


Ku dengar bunyi kereta ayahku pulang dari kerja... "Yes!! Drama akan bermula..." bentak ku. Ku dengar bunyi tapak kaki kak long ku dibilik... kemudia kedengaran dia menjerit "Mummy...! adik tak ada!". Aku tersengih sendirian. Kemudian kedengaran pula mummy naik ke bilikku bersama daddy. Kak long ku kedengaran resah gelisah. Aku semakin gembira... Mereka semakin TEWAS!! 



Tibe-tibe daddy bersuara.. "Bagus jugak adik dah takda skrg. tinggal nak jaga kak long je." Mummy pula menyahut... "Betul juga, kalau tidak ada je benda yg diminta hari-hari sampai tak terlayan dah kita... baik along ni ha.. tak nakal sangat dan tak banyak songeh". Tibe-tibe kedengaran kak long menjerit keriangan.....



Hati ku bak ditusuk meriam kereta kebal mainan ku bile ku dengari skrip mereka tadi. Sungguh tak kusangka begitu sekali mereka membenci ku.... sungguh tak terlintas di hatiku betapa kejamnya mereka... tanpa ku sedari, air mata ku menitis... aku kesedihan... aku kecewa... dan ku terasa seolah dunia ini sudah mati. terasa amat kurang kasih sayang... no, bukan kurang... TIADA kasih sayang lagi... air mata ku semakin deras mengalir... teriakkan ku semakin jelas kedengaran.... Aku rebah gemalai diatas slab simen yg dipanggil bumbung porch rumah itu.



Tiba-tiba ada satu sentuhan dari jari2 yang ku kenal.... bila ku berpaling, YES! Daddy ku.... perlahan dia menarik tangan ku bangun. Aku bingkas bangun dan mendapatkannya. Ku memeluk erat dan terus menangis didalam dakapannya. Ku lihat kaklong ku tersengih je. Aku tengah sedih, dia boleh pulak tersengih-sengih... "Jaga kau!" Kata hati ku sambil menjeling kearahnya. Kemudian ku merasa usapan jari-jari mummy ke rambut ku. semakin aku lemah dan teriakkan ku semakin kuat. Aku pasrah... Aku tewas....



Kemudian... dalam esakkan dr tangisan, ku bertanya... "Kenapa semua tak sayang adik lagi?". Kemudian daddy berkata... "Bukan tak sayang, tapi dah terlebih manja... daddy dah nampak awak panjat balkoni tadi sbb daddy kat rumah Uncle Daniel" (selang 3 rumah didepan rumah ku)... " Yang daddy semua cakap tadi hanyalah nak bagi pengajaran yang awak tak boleh sewenang-wenangnya nak ambil tindakan sendiri sebab awak masih kecil. Kene ingat, kami semua sayang dekat awak. Segala tindakan awak akan memberi kesan kepada kami. Kalau awak sayang kami semua, jadilah seorang anak yang baik. Dengar kata, kurang meminta dan sentiasa bersyukur dengan apa yang awak dapat dari kami, terutama sekali kasih sayang dan perhatian. Faham tak ni?" Kata-kata dari daddy seolah-olah membelah jiwaku.... namun aku faham... aku akur... aku terima. Ku terus bisikkan ke telinga daddy.. "Adik minta maaf dan adik tak buat lagi. adik sayang semua..... kecuali kak long".... hahaha. Daddy ku hanya tersenyum bersama mummy..sementara kak long dah turun ke bawah menonton TV.



Itu adalah one of my experience melalui zaman kecilku... pengajaran dari peristiwa ini...



Kepada Ayahanda dan Bonda2 sekelian.... gunalah Psychology yg bijak dalam mendidik anak-anak... bukan hanya perlu membiarkan atau terus belasah bila anak2 sedang meragam atau memberontak. 

Kepada anak2 sekelian.... Selagi ibunda dan Ayahanda anda bersama anda dalam segala suka dan duka anda... pastinya kasih syg mereka tak akan pudar dan menyayangi anda ke akhir hayat....


Spread the LOVE yea... remember, when there's no LOVE, You'll end up LIFEless...



Wassalam.... Chao..!


2 comments: