Saturday, February 25, 2017

Surat 09 : Bila yang Lama Timbul Kembali...

Soalan:

Haloo Abam,

Pekabor? Su seronok baca blog abam. Su rasa abam bole tolong Su dalam masalah Su. Skarang ni Su ada boyfren, baru la kenal dlm 2 bulan. Dia ok ok je... takde la superb sgt. Yg paling bgs pasal dia, dia mmg penyayang dan ambil berat sgt pd Su. Rupa pun biasa2 je dan keje pun eksekutif level je. But so far, mmg takde masalah dgn dia. 
Tapi lately, ex-boyfren Su dulu dtg balik. Dia ni mmg ensem giler, poket lebat, keta mewah, family kaya dan happening. Mmg best la kapel dgn dia dulu. Masalah dia tu cume suka flirt around walau Su tau dia main2 je. Dulu pun clash sbb salah Su... Su jeles sgt. Mula2 sbb kantoi awek lepak condo dia... pastu bile nmpk awek mana ntah manja2 dan raba2 dia kat club, Su da mintak break. Padahal awek tu yg menggatal kot. Su tau dia syg Su, cuma dia x berapa pandai nak luahkan kot. Now dia hari2 text dan call Su. Dia rindu Su... kebetulan Su rasa Su pun rindu dia. Dia nak kiteorg kapel balik. Su ada jumpa dia 2 kali kat apartment dia, tapi boyfren Su tak tau la. Su rasa mmg dia lah jodoh Su. Kiteorg sama-sama hott! :)
Su punya masalah cuma Su kesian kat boyfren Su yg skrg ni. Nak cakap apa kat dia ek? Taknak la nanti cam zalim lak kat dia bila mintak break. Abg bgtau direct je apa yg Su perlu buat k.

Abam jgn pikir bukan2 k. Su bukan materialistik... hanya kebetulan dia berduit je. 

Call me 'Su Happening' ok abam

Bye

Jawapan:

Wahai Cik Su yg Pening... opps! silap.... Su Happening.. hehehe.

Firstly, terima kasih daun keladi palsu sbb suka baca blog abg. Appreciate it much. Sebabkan tu, abg akan tunaikan permintaan u utk be direct dlm bg pendapat k. Here it goes...

Sebenarnya, ada TIGA masalah... yg pertama - Su.. yang kedua - Su jugak dan yg ketiga - kompem memang Su! hahaha. Kenapa abg ckp camni? Sbb mmg Su la masalah sebenarnya. Da elok2 dapat BF yg sayang Su, yg menghargai Su... nak buang dia lak. Utk apa? Utk sidia yg dulu buat hal dgn u. Frankly, ensem ke...berduit ke.. kalau jiwa setia dan penyayang tu takde.. sampai ke neraka (bukan jannah) sok pun xkan bahagia u. Sedor la Su... Ur ex-BF tu typical playboy dari ur description abt him pun da tau character dia. And yes, i'm judging him! hahaha. Lagi satu... u maybe bukan materialistik, tapi u kompem plastik dan spastik. Haishh....
Memang u patut break je dgn BF yg baru ni... tinggalkan dia dan tak perlu kasihankan dia. Sbb apa yg u dah buat skrg pun dah mmg tanda2 u tak ada perasaan simpati pun kat dia. Su gi la sambung balik dgn ex-BF u tuh. Sbb pastinya, walaupun cam zalim pd ur BF skrg, tapi dia akan bersyukur suatu hari nanti. Abg doakan yg baik2 utk dia. As for u, dan bakal kapel u.... abg doakan yg baik2 jugak la. Jahat lak abg kalau doakan yg buruk2. Abg doakan agar terbuka hati u utk sedar kesilapan u dan juga doakan both of u agar insaf dan bertaubat la. Kalau selepas ini u menchik dgn abg sbb jawapan abg ni cam zalim kat u, abg redha. Mana la tau kan... suatu hari doa2 abg ni termakbul...Aminnn.

*Nak sgt direct kan... telan je la dear.


Adios!
Abam Eddie yg br pas bagi u setepek dua... hehehe




No comments:

Post a Comment